Sekatan perjalananan dari, ke negara Afrika bermula esok - Utusan Malaysia

Sekatan perjalananan dari, ke negara Afrika bermula esok

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan pengembara Malaysia yang merancang melawat Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe, adalah tidak dibenarkan, bermula esok susulan penemuan varian baharu Covid-19 iaitu B.1.1.529.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, selain itu, sekatan sementara kepada semua warga asing yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke semua negara terbabit turut dilaksanakan.

“Bagi warga tempatan dan pemegang pas penduduk tetap yang pulang ke Malaysia dari negara-negara tersebut dibenarkan memasuki negara, namun dikehendaki menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin tanpa mengira status vaksinasi serta tidak dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.

“Berdasarkan survelan genomik yang dijalankan sehingga hari ini, tiada virus Covid-19 varian baharu B.1.1.529 yang dilaporkan di Malaysia manakala semua sampel akan diambil dari individu yang tiba dari negara-negara tersebut untuk survelan genomic,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Khairy berkata, setakat ini tiga buah negara telah melaporkan kes berkaitan varian baharu ini iaitu Afrika Selatan (77 kes), Botswana (4 kes) dan Hong Kong (2 kes).

Katanya, kes pertama dilaporkan di Botswana pada 11 November lalu manakala Afrika Selatan (14 November) dan Hong Kong (25 November) dengan kes yang dilaporkan di Hong Kong mempunyai sejarah melawat Afrika Selatan.

“Menurut laporan, varian baharu ini mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian delta. Sehingga kini belum ada maklumat lanjut bagi tempoh inkubasi, gejala dan kebolehjangkitan bagi varian B.1.1.529 ini.

“Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih lagi membuat pemantauan yang rapi mengenai perkembangan yang berkaitan pelaporan varian baharu B.1.1.529. Buat masa ini varian baharu ini dikategorikan oleh WHO sebagai Varian Dalam Perhatian (VUM),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan akan mempertingkatkan survelan genomik termasuk ke atas individu yang tiba dari negara yang melaporkan varian baharu tersebut.

“Pemantauan berterusan bagi survelan genomik dijalankan oleh konsortium yang terdiri daripada Kementerian Kesihatan melalui Institut Penyelidikan Perubatan 2 (IMR), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Langkah-langkah pencegahan dan kawalan serta perkembangan mengenai varian baharu B.1.1.529 ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya