“Satu kepuasan lihat orang tersayang sihat” - Dr Fitri Haris buka klinik sendiri - Utusan Malaysia

“Satu kepuasan lihat orang tersayang sihat” – Dr Fitri Haris buka klinik sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Dr Fitri Haris bersama isterinya, Fazilah Omar kini mengusahakan perniagaan klinik di bawah pengurusan Megaklinik Zahran di Taman Putra Ampang, baru-baru ini.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, penyanyi lagu Langit Wahyu itu berkata, keberaniannya untuk menceburi bidang tersebut kerana melihat peluang pendapatan dan kepuasan kepada dirinya.

“Dalam keadaan kita diuji saya banyak bersama dengan petugas barisan hadapan bersama Megaklinik Zahran sebelum ini.

“Saya melihat industri ini sebagai satu peluang perniagaan, ada satu perkara menarik minat saya selain dapat bantu orang.

“Saya ini jiwanya seorang pendidik suka memberi manfaat. Sektor ini juga satu kepuasan apabila dapat melihat pesakit atau keluarga tersayang mereka sihat,” jelasnya.

Mengulas mengenai konsep mega yang ditawarkan kepada khalayak, katanya, mega berada di antara klinik dan juga hospital.

“Hampir mencapai standard apa yang hospital tawarkan dan melebihi fasiliti klinik. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan yang tidak ada pada klinik dan sampai ke tahap hospital.

“Uniknya, Mega juga ada khidmat mobiliti, kalau tidak boleh datang kami boleh datang terus ke rumah untuk khidmat yang ditawarkan seperti buat dressing ataupun ujian Covid-19,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN