S1K kembali temui peminat - Utusan Malaysia

S1K kembali temui peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dibatalkan pada tahun lalu, cabaran Sepang 1000KM Endurance Race (S1K) bakal kembali menemui peminat pada 26 hingga 27 November ini.

Lebih menarik, S1K bagi edisi ke-13 itu turut membuka pintu seluas-luasnya kepada penonton untuk masuk secara percuma di Main Grandstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Begitupun, hanya penonton yang telah lengkap divaksin dibenarkan untuk menjejakkan kaki ke kawasan tersebut.

Perlumbaan tersebut juga boleh disaksikan secara langsung di laman sosial Facebook SIC.

Sesi latihan bebas dan kelayakan akan berlangsung pada Jumaat, dengan perlumbaan akan bermula mulai pukul 11 pagi dan berakhir 8 malam dengan jumlah pusingan keseluruhan sebanyak 181.

Pada 2019, S1K mencatat rekod tertinggi dengan lebih 70 penyertaan dalam dua kelas berasingan iaitu M Production class and S Production class.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.