RM320j batal HSR: Berapa banyak manfaat boleh berikan pada rakyat?

Pampasan RM320 juta batal HSR: Berapa banyak manfaat boleh berikan pada rakyat?

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) membabitkan Malaysia dan Singapura dibuat hanya kerana dendam politik Pakatan Harapan (PH) dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ekoran pembatalan tersebut, Malaysia perlu membayar RM320.27 juta kepada Singapura bagi kos yang terpaksa ditanggung membabitkan pembangunan projek HSR.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah pampasan itu sepatutnya boleh digunakan untuk menampung subsidi ketika peningkatan harga barangan.

“Cuba bayangkan jika RM320 juta ini dimanfaatkan untuk intervensi kerajaan bagi mengawal harga barang ketika ini? Berapa banyak subsidi boleh dimanfaatkan untuk memastikan rakyat yang berhadapan dengan harga barangan keperluan seperti sayuran, ayam dan lain-lain yang mencanak naik pasca PKP (lockdown) separuh masak?

“Malangnya kerana dendam politik semuanya ini ditangguhkan pada zaman PH memerintah dan dibatalkan secara mutlak apabila ‘Abah Sayang Melaka’ menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Semalam Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, republik itu terbuka menerima cadangan baharu Malaysia berkaitan projek HSR walaupun kedua negara bersetuju menamatkan projek berkenaan.

Lee berkata, kementerian pengangkutan dari kedua-dua negara akan membincangkan perkara berkenaan dan Singapura berharap menerima butiran lebih terperinci dari Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.