[VIDEO] Ramai kecam Khadija, Miss Somalia pertama berhijab sertai Miss World - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ramai kecam Khadija, Miss Somalia pertama berhijab sertai Miss World

KHADIJA OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING: Penyertaan gadis Somalia, Khadija Omar sebagai gadis pertama berhijab dalam Miss World di Puerto Rico menjadi perdebatan hangat dalam media sosial.

Ramai mempertikaikan bagaimana penampilan gadis berusia 20 tahun itu mengenakan pakaian renang dalam pertandingan prestij dan ia turut ditonton seluruh dunia.

Baru-baru ini, Khadija dalam Instagram turut meluahkah hasratnya yang terpendam untuk menyertai pertandingan tersebut.

“Saya tidak percaya saya adalah Miss World Somalia yang pertama. Sesiapa yang mengenali saya, tahu betapa lama saya berhasrat untuk bertanding dalam pertandingan dan mewakili gadis berhijab di seluruh dunia.

“Saya berharap, ini memberi inspirasi kepada gadis-gadis muda berhijab dan mengingatkan mereka bahawa mereka boleh bermimpi setinggi yang mereka cita-citakan.

“Saya tidak sabar untuk mencipta sejarah di Puerto Rico. Menunjukkan kepada dunia betapa cantiknya Somalia dan sekaligus membanggakan negara,” katanya.

Khadija merupakan peserta pertama Somalia yang menyertai Miss World.

TULAR video Khadija Omar memberi ucapan sebagai peserta wanita pertama berhijab di Miss World. 

Dia merupakan seorang jurusolek dan kini pelajar dalam bidang Psikologi di York University, Kanada dan telah berpindah Kanada, namun, dia tidak pernah melupakan asal-usulnya dari Somalia walaupun kini tinggal di negara asing.

Dibesarkan di kem pelarian Nairobi, Kenya, Khadija sangat faham akan situasi cuaca yang buruk dan keadaan di Somalia yang mana sering mengalami pemotongan air, kemarau serta banjir yang telah memberi kesan kepada jutaan wanita serta kanak-kanak di negaranya.

Komen warganet, @rijkie_richy, “The real beauty”.

@UanGuruan pula berkata, “Amazing.

“Whatever reasons she cant compete this beauty contest..its break a syaria compliance..,” kata @eden. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya