Pupuk kerjasama manfaat potensi negara Lautan Hindi - Utusan Malaysia

Pupuk kerjasama manfaat potensi negara Lautan Hindi

SEBAHAGIAN menteri luar bergambar pada akhir Mesyuarat IORA Ke-21 di Dhaka, Bangladesh semalam. – IHSAN WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesemua negara anggota Persatuan Lingkaran Lautan Hindi (IORA) wajar terus memupuk kerjasama yang lebih mantap dan mampu meraih hasil kukuh jangka panjang.

Perkara tersebut disuarakan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah ketika berucap mewakili negara pada Mesyuarat Peringkat Menteri Majlis IORA Ke-21 secara maya, semalam.

“Dengan pemupukan kerjasama erat, ia sekali gus mampu menzahirkan potensi sebenar semua negara rantau ini dalam mencipta perkongsian matlamat dan kemakmuran,” katanya.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini hari ini, Bangladesh menjadi tuan rumah berkenaan dengan mesyuarat peringkat menteri sudah berlangsung sejak Isnin lalu sehingga semalam.

Malaysia menganggotai IORA sejak ia mula ditubuhkan secara rasmi pada 1997 lalu dengan disertai 23 buah negara yang meliputi sepanjang lautan tersebut dari benua Asia dan Afrika. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.