PRN Melaka: Tinjauan awal, BN mendahului PH dan PN

PRN Melaka: Tinjauan awal, BN mendahului

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Barisan Nasional (BN) kini dilihat mendahului berbanding Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila mempunyai 11 daripada 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sangat selesa untuk dimenangi.

Berdasarkan hasil kajian tinjauan awal oleh Ilham Centre, 11 kerusi tersebut adalah Ayer Limau, Serkam, Taboh Naning, Ayer Molek, Sungai Rambai, Sungai Udang, Lendu, Kuala Linggi, Telok Mas, Merlimau dan Rim.

Selain itu, pusat kajian tersebut merumuskan PH pula selesa di tujuh kerusi iaitu Bukit Katil, Paya Rumput, Duyong, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

“Terdapat 10 kawasan yang sukar dibuat bacaan tepat disebabkan persaingan sengit antara calon. Kawasan ini terbuka kepada taktikal parti untuk memikat dan menambat pengundi di kawasan ini. 

“Kawasan tersebut ialah Asahan, Kelebang, Tanjong Bidara, Pantai Kundor, Durian Tunggal, Machap Jaya, Rembia, Pengkalan Batu, Bemban dan Gadek.

“BN perlu mencari sekurang-kurangnya empat DUN tambahan daripada 10 kawasan panas ini untuk melengkapkan majoriti mudah bagi memimpin Melaka manakala PH perlu mempertahankan kawasan dimenangi mereka dahulu agar tidak terlepas kepada BN mahupun PN,” kata Ilham Centre dalam kenyataan hari ini.

Kajian sama juga menyimpulkan PN pula mempunyai peluang untuk membuat kejutan di Tanjong Bidara, Rembia dan Bemban. 

“Faktor kebolehmenangan PN di kawasan ini adalah faktor calon yang berjaya mengimbangi kekuatan calon BN ataupun PH. Tetapi kami melihat semakin besar PN mencuri undi Melayu di dalam kawasan ini, semakin tinggi peluang kemenangan PH di atas faktor pertembungan tiga penjuru,” katanya.

Menurut Ilham Centre lagi, menuju saat-saat akhir fasa kempen, BN mendahului di hadapan berbanding dua gabungan yang lain. 

“Dua faktor PH berpeluang untuk menang iaitu peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus dan PN berupaya memecahkan dominasi undi Melayu yang dimiliki oleh BN. 

“Jika dua situasi ini tidak berlaku, maka BN berupaya tampil sebagai pemenang,” jelas kajian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN