KOTA BHARU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ibarat satu makmal bagi Pas untuk ‘menguji’ segala kemungkinan sebelum parti itu membuat persiapan berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, parti itu akan menentukan hala tuju dan strategi untuk menghadapi PRU-15 selepas membaca ‘sikap’ ditunjukkan pelbagai pihak dalam PRN Melaka. Keputusan PRN Melaka kelak kata beliau, turut memberi gambaran bentuk kerjasama politik bagaimana yang mampu…










