PRN Melaka dicemari provokasi, poster serta kain rentang PN dirosakkan - Utusan Malaysia

PRN Melaka dicemari provokasi, poster serta kain rentang PN dirosakkan

JENTERA PN menunjukkan kain rentang dan poster yang dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dicemari provokasi apabila poster, kain rentang dan tiang bendera milik Perikatan Nasional (PN) dirosakkan.


Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu yang melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana.

Beliau kecewa dengan insiden berkenaan yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku.

“Saya telah mengarahkan jentera pilihan raya PN untuk menyiasat jika ada kerosakan di DUN-DUN lain. Jentera PN sedang memeriksa jika kerosakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Laporan akan kami buat kepada pihak berkuasa sekiranya kami mendapati ada unsur samseng dalam kempen ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menggesa supaya budaya samseng itu dapat dihentikan segera kerana tindakan itu mencemarkan perjalanan PRN Melaka.

“Saya menyeru supaya kita berkempen dengan cara yang baik. Janganlah sehingga merosakkan bahan kempen parti lain.

“Budaya samseng dan budaya ekstrem mesti dihentikan serta-merta dan dipadam daripada landskap politik negara,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya