Prasarana Taman Pertanian Sekayu rosak akibat kepala air - Utusan Malaysia

Prasarana Taman Pertanian Sekayu rosak akibat kepala air

KEADAAN di Taman Pertanian Sekayu selepas dilanda kejadian kepala air di Hulu Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kejadian kepala air di Taman Pertanian Sekayu di sini semalam menyebabkan beberapa prasarana di lokasi itu rosak termasuk sistem perpaipan.

Insiden kira-kira pukul 4.30 petang itu, bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa berikutan taman berkenaan kini ditutup kepada pengunjung mulai 1 November lalu.

Pengurusnya, Mohd. Amran Awang berkata, kejadian kepala air itu pertama kali berlaku sepanjang lapan tahun perkhidmatannya kerana ia lazimnya terjadi di kawasan air terjun Hutan Lipur Sekayu yang terletak berdekatan.

Katanya, semasa kejadian semua kakitangan berada di pejabat berikutan hujan lebat sebelum dikejutkan dengan bunyi arus air yang kuat.

“Kakitangan bertugas memaklumkan arus deras itu seperti ombak besar hingga paras air anak sungai di sini melimpah ke kawasan sekitar.

“Banjir menyebabkan sistem perpaipan di kolam tadahan air rosak di samping meja dan kerusi, malah bahan-bahan bagi projek pembinaan tangga berhampiran dewan terbuka turut dihanyutkan arus deras,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Mohd. Ahmar, air bagaimanapun surut pada pukul 6 petang.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya