Polis siasat kes bayi perempuan didera pengasuh - Utusan Malaysia

Polis siasat kes bayi perempuan didera pengasuh

GAMBAR tular dalam media sosial menunjukkan kesan pada lengan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dipercayai didera pengasuh di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis membuka kertas siasatan mengenai kes seorang bayi perempuan berusia lima bulan yang didakwa cedera didera pengasuh di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian itu tular menerusi Facebook Khidmat Pengasuh Shah Alam oleh penama Hazirah Khairi.

Katanya, bapa bayi berkenaan tampil membuat laporan polis pada pukul 3.22 petang, 27 Oktober lalu.

“Laporan itu dibuat selepas menemukan kesan kemerahan di lengan kiri dan kanan mangsa ketika dalam jagaan pengasuh yang baru hari pertama dijaganya.

“Siasatan mendapati pengasuh itu tinggal bersama anaknya yang berusia empat tahun ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jelas Baharudin, pemeriksaan awal doktor mendapati kesan soft tissue injury (kecederaan ringan tisu) pada lengan mangsa.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi dan menyalurkan maklumat berkaitan kes itu Pegawai Penyiasat Inspektor Anis Shafika di talian 011-10951310,” ujarnya.

Semalam, Hazirah yang juga ibu bayi itu dan suaminya mendakwa berasa pelik dengan keadaan berkenaan lalu membuat laporan polis dan pergi ke Hospital Shah Alam.

Perkara itu kemudian menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya simpati dengan nasib mangsa. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya