PN tidak terganggu dengan perang psikologi - Ahmad Samsuri - Utusan Malaysia

PN tidak terganggu dengan perang psikologi – Ahmad Samsuri

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perikatan Nasional (PN) tidak terganggu dengan perang psikologi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang semakin memuncak termasuk pengisytiharan keluar 500 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perang psikologi sedemikian sudah sinonim dalam mana-mana siri pilihan raya di negara ini sama ada pilihan raya kecil (PRK) mahu pun pilihan raya umum (PRU).


“Keluar masuk parti adalah perang psikologi yang biasa kita terima dan saya dapat laporan ada daripada UMNO atau Parti Amanah Negara (Amanah) masuk parti lain.

“Ini adalah perang psikologi yang biasa kita dengar sejak puluhan tahun terlibat dalam pilihan raya, jadi kita tidak terganggu fikiran sedikit pun dengan perkara sebegitu. Kita masuk untuk menang dan semua orang yang bertanding mahu menang, jadi kita cuba lah, masih ada masa lagi,” katanya ketika ditanya pemberita selepas Persidangan DUN di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kedudukan PN menjelang PRN Melaka goyang apabila 500 ahli Bersatu di empat pusat daerah mengundi (PDM) dalam DUN Pengkalan Batu mengisytiharkan keluar parti serta-merta.

Mereka terdiri daripada ahli-ahli di PDM Pasir Puteh, Taman Rumpun Bahagia, Peringgit dan Kampung Pengkalan Batu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri berkata, Pas bersedia untuk terus bersahabat dengan UMNO Terengganu menerusi kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk antara kedua-dua parti.

“Kita nak berkawan dengan semua orang tetapi jika dia bahagia dan gembira tidak berkawan dengan orang lain, itu hak masing-masing lah,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya