ALOR SETAR: Tindakan seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mengaitkan malaikat dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dianggap keterlaluan dan terdesak. Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, gabungan parti itu juga dianggap semakin hilang arah apabila menjaja kononnya malaikat tidak marah sekiranya rakyat mengundi PN. “Dahulu kala, undi satu parti masuk syurga. Dahulu kala juga ada parti mendakwa malaikat bersama mereka menewaskan…










