MELAKA: Perikatan Nasional (PN) menyifatkan partinya telah jauh kehadapan dalam membuktikan integriti berbanding parti lain dengan pemeteraian aku janji menentang rasuah yang ditandatangani 28 calon semalam. Pengerusi PN negeri, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, usaha itu sudah cukup membuktikan keberanian serta iktikad PN dalam memastikan sebuah kerajaan negeri bebas rasuah dapat dibentuk sekiranya diberikan mandat oleh rakyat. “Saya lihat, usaha PN ini agak keterhadapan berbanding pihak lain apabila PN ambil…










