MASJID TANAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyertai sarapan pagi bersama penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu di sini hari ini.
Program berkenaan merupakan salah satu lawatan beliau ke Melaka.
Terdahulu ketibaan Ismail Sabri disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali
Beliau kemudian beramah mesra dengan para penduduk dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan pihak berkuasa sebelum beredar ke destinasi seterusnya.- UTUSAN ONLINE










