'Pintu' stadium Bukit Jalil mungkin ditutup kepada penonton - MFL - Utusan Malaysia

‘Pintu’ stadium Bukit Jalil mungkin ditutup kepada penonton – MFL

PENYOKONG Terengganu ketika menonton aksi pasukan mereka menentang JDT dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Isnin lalu.- UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak menolak ‘nikmat’ kemasukan penonton pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa depan, mungkin ditarik balik.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, ia susulan imej buruk terhadap saingan berprestij tersebut selepas terdapat pelanggaran pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika aksi Terengganu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Isnin lalu.

MFL kelmarin mengumumkan seramai 20,000 penyokong bakal menghangatkan pentas akhir Piala Malaysia, dengan 20,000 tempat duduk bakal disediakan untuk aksi kemuncak tersebut.

“Suka atau tidak, kita harus bersikap lebih matang dalam norma baharu kehidupan kita yang diancam virus Covid-19.

“Jika perkara pelanggaran SOP masih berlaku pada masa akan datang, MFL bimbang kemasukan penonton untuk aksi final Piala Malaysia dan saingan Liga Malaysia musim depan akan ditarik balik.

“Jadi, saya berharap penyokong-penyokong memiliki sentimen sayangkan bola sepak negara dan sentiasa mengikut peraturan atau pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Sekali lagi saya berharap insiden-insiden yang mengaitkan pelanggaran SOP tidak akan kembali berulang untuk aksi timbal balik kedua Piala Malaysia 2021 yang akan berlangsung pada malam esok,” ujarnya.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hari ini mengenakan kompaun RM10,000 masing-masing kepada pengurusan Terengganu FC Sdn. Bhd. dan MFL selepas didapati tidak memastikan pemakaian pelitup muka yang sempurna serta penjarakan fizikal penonton di stadium.

Kesalahan tersebut berlaku sewaktu perlawanan separuh akhir pertama melibatkan Terengganu dengan JDT di Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Isnin lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya