Persidangan NICX21 6 hingga 11 November - Utusan Malaysia

Persidangan NICX21 6 hingga 11 November

DR. Saleh (dua,kanan) menunjukkan MoU pada Majlis Pra Pelancaran NICX21, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Nama dengan kerjasama Yayasan Salam Malaysia, Yayasan Sejahtera, Ikram Musleh, My Care, Perunding Pendidikan EDESS dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal menganjurkan Nama Persidangan Antarabangsa dan Pameran 2021 (NICX21) secara maya pada 6 hingga 11 November ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Nama, Dr. Saleh Mubarak Bazead yang juga Pengerusi NICX21 berkata, penganjuran ini merupakan satu pertemuan minda, platform untuk berkongsi amalan terbaik selain mencari peluang baharu dalam dunia memperkasakan sektor pendidikan dan organisasi masyarakat awam di seluruh dunia.

Katanya lagi, NICX yang merupakan acara tahunan kali ini diadakan selepas dua tahun ‘berehat’ ekoran penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia. 

“Dengan tema Memperkasakan Sektor Pendidikan dan Sektor Ketiga, NICX21 akan membawa lebih 30 pakar,  pengamal, ahli akademik dan penggubal dasar dalam bidang pendidikan dan organisasi masyarakat awam,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Saleh Mubarak, panganjuran persidangan itu selepas diadakan di Tanzania, Kyrgyzstan dan Indonesia turut menyasarkan lebih 30 pempamer dan 500 penyertaan daripada orang ramai.

“Persidangan ini akan menerokai dan membincangkan beberapa topik yang dekat di hati seperti daya tahan kepimpinan dalam pendidikan dan sektor ketiga, teknologi dan inovasi sosial melangkaui pandemik, memetakan semula matlamat pembangunan yang mampan, kemampanan kewangan dalam ruang yang semakin mengecil, dana guna semula dan pemberian korporat, strategik dalam kerjasama serta tadbir urus dan pematuhan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Katanya lagi, peluang untuk menjadi penceramah masih lagi terbuka sehingga 15 November ini sementara harga pendaftaran bagi pelajar adalah USD5 (RM20.79) dan individu antara USD30 ke USD15 (RM124.76 ke RM62.38).

“Sebarang pertanyaan boleh hubungi Syahir di 013-2175792 atau e-mel di [email protected] atau hubungi Shaima di talian 017-6561256 atau e-mel di [email protected]. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN