Penyewa maki pengawal keselamatan ditahan? - Utusan Malaysia

Penyewa maki pengawal keselamatan ditahan?

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ETALING JAYA : Penahanan telah dilakukan terhadap pasangan penyewa yang tular selepas didakwa memaki hamun seorang pengawal keselamatan gara-gara menolak untuk menjaga anak mereka baru-baru ini.

Tangkapan itu dimaklumkan Pengerusi Perbadanan Pengurusan Residensi Awani menerusi satu kenyataan yang memberitahu, satu waran tangkap telah dikeluarkan pihak polis ke atas suspek lelaki kerana didakwa telah melakukan pelbagai kesalahan jenayah.

Dakwa kenyataan itu, waran berkenaan dikeluarkan kira-kira pukul 12 tengah hari pada 3 November lalu selepas lelaki berkenaan melakukan pelbagai kesalahan seperti curi dan jenayah lampau.

“Pasangan penyewa itu kerap berpindah bagi mengelakkan diri mereka dikesan. Beberapa anggota polis bersama pihak pengurusan hadir ke unit berkenaan dan pasangan tersebut bersama anaknya telah dibawa keluar ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Dakwa  kenyataan itu lagi, pihak pengurusan telah memberi notis amaran kepada pemilik unit dan menamatkan kontrak sewaan pasangan penyewa tersebut serta-merta.

“Susulan tindakan pasangan penyewa meninggalkan anak mereka di meja sekuriti dan telah menyebabkan kekacauan, pihak pengurusan telah mengambil tindakan atas kejadian tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, pihaknya masih menyemak mengenai dakwaan hebahan berkenaan.

“Saya tidak dimaklumkan mengenai perkara ini dan semakan sedang dibuat,” katanya ringkas.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN