Pengundi positif Covid-19 dikesan keluar mengundi - Utusan Malaysia

Pengundi positif Covid-19 dikesan keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengundi positif Covid-19 dikesan keluar mengundi di Alor Gajah, Melaka.

Susulan perkara itu, Pengarah Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, Dr. Rusdi Abd. Rahman mengambil tindakan segera mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat mengundi terlibat menutup sementara kawasan berisiko termasuk saluran mengundi untuk proses desinfeksi menyeluruh.

Menurut Dr. Rusdi, PKD Alor Gajah, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah telah menerima notifikasi daripada Covid-19 Assessment Centre (CAC) Melekek, berhubung perkara itu.

“Terdapat seorang kes positif Covid-19 yang keluar mengundi di salah sebuah pusat mengundi di Daerah Alor Gajah. Keputusan ujian bagi pesakit ini diterima dari makmal swasta setelah beliau selesai proses mengundi.

“Pesakit ini bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang gejala pada waktu mengundi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya