Peng Shuai hilang selepas dedah serangan seksual? - Utusan Malaysia

Peng Shuai hilang selepas dedah serangan seksual?

PENG SHUAI terdahulu membuat hantaran di laman sosial China, dengan mendakwa bekas Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli memaksanya untuk mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Persatuan Tenis Wanita (WTA) melahirkan rasa ragu-ragu dan risau terhadap Peng Shuai selepas menerima kiriman e-mel yang dilaporkan ditulis oleh pemain China itu mengatakan dia dalam keadaan selamat.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WTA, Steve Simon berkata, dia sukar untuk mempercayai bahawa Peng Shuai yang menulis e-mel tersebut.

Pemain berusia 35 tahun itu dilaporkan hilang sejak membuat tuduhan serangan seksual yang dilakukan oleh seorang bekas pegawai tertinggi kerajaan China.

Peng Shuai terdahulu membuat hantaran di laman sosial China, dengan mendakwa bekas Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli memaksanya untuk mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali.

Jelas Simon, beliau telah menerima ‘jaminan’ dari China bahawa atletnya selamat, begitupun tiada sesiapa dari WTA dapat menghubunginya untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Kenyataan yang dikeluarkan daripada media di China hari ini berkenaang Peng Shuai hanya menambahkan kegusaran saya mengenai keberadaan dan keselamatannya,” kata Simon.

Sementara itu, Naomi Osaka antara pemain yang menzahirkan kerisauan terhadap situasi semasa Peng Shuai.

“Saya harap Peng Shuai dan keluarganya berada dalam keadaan selamat dan baik-baik sahaja. 

“Saya amat terkejut dengan situasi terkini dan saya memberikan sokongan sepenuhnya untuk Peng Shuai,” kata bekas pemain No. 1 dunia itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya