Peneroka jumpa bom lama 20 sentimeter dalam kebun getah

Peneroka jumpa bom lama dalam kebun getah

SEBUTIR bom lama yang ditemukan dalam sebuah kawasan ladang getah di Jelai 1, Tampin, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang peneroka dikejutkan dengan penemuan bom lama di kawasan kebun getahnya dalam kejadian di Blok 4, Jelai 1, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, pihak polis menerima maklumat daripada peneroka berusia 45 tahun itu kira-kira pukul 5 petang dan segera ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti lokasi bom yang ditemukan berkenaan.

Menurutnya, sebagai langkah awal, polis telah memasang tali rintangan polis selepas mendapat pengesahan objek yang ditemukan adalah bom bagi menghalang orang awam dari memasuki lokasi berkenaan.

“Jenis bom itu adalah ‘artillery shell’ berukuran kira-kira 20 sentimeter dan dipercayai merupakan bom peninggalan perang dunia kedua.

“Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah berjaya memusnahkan bom berkenaan dengan selamat di kawasan kebun berkenaan kira-kira pukul 9 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya