Pelajar sekolah maut, motosikal ditunggangi rempuh kereta - Utusan Malaysia

Pelajar sekolah maut, motosikal ditunggangi rempuh kereta

KEADAAN kemalangan yang mengorbankan nyawa seorang pelajar sekolah maut dalam kejadian di Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Jalan Kampung Gedang Terachi, Kuala Pilah, tengah hari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang pelajar sekolah maut selepas terbabit dalam nahas Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Jalan Kampung Gedang, Terachi, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Shah Iskandar Nor Haszemi, 17, yang beralamat di Kampung Sawah Liat, Tanjong Ipoh, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Samad untuk pulang ke rumah.

Menurutnya, sebaik sampai di tempat kejadian, sebuah kenderaan dari arah Kuala Pilah menghala ke arah Seremban sedang membelok ke kanan untuk masuk ke simpang Kampung Gedang.

Kemudian mangsa yang tiba-tiba datang dari arah belakang terus melanggar bahagian pintu hadapan sebelah kanan pemandu. 

“Akibat daripada kemalangan tersebut penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Menurutnya, mayat mangsa di hantar ke Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk proses bedah siasat 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Mohd. Sharif Ahmad berkata, pasukannya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.47 tengah hari.

“Sebaik tiba di lokasi yang terletak lapan kilometer dari balai bomba, didapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebuah motosikal jenis Honda RS 150.

“Kami membantu mengeluarkan mangsa iaitu pemandu kereta berusia 29 tahun susulan pintu tidak boleh dibuka. 

“Pihak kami mengambil masa lima minit untuk membuka pintu menggunakan alat khas dan mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan selanjutnya,” katanya hari ini.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.