Pas teruskan kerjasama dengan PN, bukan BN di Melaka - Utusan Malaysia

Pas teruskan kerjasama dengan PN, bukan BN di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas akhirnya memilih meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat di ibu pejabatnya malam tadi.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang berlangsung pada 1 November 2021 di Pejabat Agung Pas Pusat telah meluluskan penggunaan lambang PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Ketetapan ini telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas yang bersidang pada 31 Oktober 2021, selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Majlis Syura Ulama Pas menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk membuat keputusan penggunaan mana-mana lambang berdasarkan strategi boleh menang selaras peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas.

Khamis lalu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghulurkan kerjasama kepada Pas, tetapi dengan mengenakan syarat parti itu tidak boleh menggunakan lambang PN, sebaliknya mesti menggunakan logo Pas.

Kerjasama itu menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan adalah sebagai asas kepada prinsip Pas menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) dalam mesyuarat pada 19 Oktober dan 18 November 2020.

“Ini untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya,” kata Ahmad Maslan sebelum ini.

Dalam masa yang sama MN ditubuhkan, Pas turut menjalinkan hubungan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan menerusi gabungan Perikatan Nasional.

PN merupakan parti politik yang berdaftar sejak 7 Ogos 2020 yang kini dipimpin bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya