KOTA BHARU: Pas dan Perikatan Nasional (PN) masih mampu menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, biarpun dilabel ‘underdog’ termasuk dijangka bungkus di semua kerusi ditandingi. Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dalam pilihan raya itu, PN merampas dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan DAP sebelum ini, serta berada di tempat kedua di beberapa kerusi majoriti Melayu. Pas pula, kata beliau,…










