[PARLIMEN] Tiada aduan eksploitasi pekerja tempatan di luar negara - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Tiada aduan eksploitasi pekerja tempatan di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada aduan terhadap agensi pekerjaan swasta yang berlesen di bawah Akta 46 melakukan eksploitasi terhadap pekerja tempatan yang bekerja di luar negara.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, ia berikutan ramai rakyat Malaysia berhijrah ke Australia bagi memperoleh pendapatan yang tinggi sehingga mampu mencecah RM84 sejam.

“Pekerja tempatan yang berhasrat untuk bekerja di luar negara, dinasihatkan untuk menggunakan khidmat agensi pekerjaan swasta yang berlesen yang mendaftar di bawah Kementerian Sumber Manusia yang dikawal oleh kementerian.

“Sehingga kini, tiada aduan terhadap agensi pekerjaan swasta yang berlesen di bawah Akta 46 melakukan eksploitasi terhadap pekerja tempatan yang bekerja di luar negara,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Shabudin Yahaya (Bersatu-Tasek Gelugor) meminta kerajaan menjelaskan apakah kadar upah yang tinggi menjadi punca ramai rakyat Malaysia berhijrah secara haram di Australia dan Korea Selatan.

Jelas Awang, bagi mana-mana individu yang melanggar peruntukan itu, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dengan akta dan denda yang berkait rapat dengannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya