[PARLIMEN] Skim kawalan harga dilaksana lebih awal menjelang Krismas - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Skim kawalan harga dilaksana lebih awal menjelang Krismas

Kerajaaan akan melaksanakan SKHMP lebih awal sempena perayaan Krismas-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memanjangkan tempoh dan memulakan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan (SKHMP) lebih awal menjelang perayaan Krismas.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, tarikh pelaksanaan skim kawalan harga ini akan diumumkan pihak kementerian dalam tempoh terdekat.

“Saya ingin memberikan amaran di sini agar tiada pihak yang cuba untuk menaikkan harga lebih awal.

“Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang cuba mengambil kesempatan untuk menaikkan harga kerana kenyataan awal saya ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang meminta kerajaan menjelaskan apakah tindakan yang akan diambil supaya harga barangan turun memandangan peningkatan yang berlaku kini menyusahkan rakyat.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.