[PARLIMEN] MP persoal mengapa Ahmad Idham, Eizlan Yusof terlibat kempen PRN Melaka - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] MP persoal mengapa Ahmad Idham, Eizlan Yusof terlibat kempen PRN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Isu kehadiran artis Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof terlibat dalam aktiviti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini ditumbulkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Perkara itu dibangkitkan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) dengan menunjukkan gambar kedua-dua individu terbabit yang memakai pakaian tertera logo parti politik bersama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu majlis.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata tindakan tersebut adalah tidak salah kerana kedua-dua individu itu merupakan petugas yang dilantik di bawah kementerian itu.

“Di pejabat Menteri (Luar), mereka ini semua (Ahmad Idham dan Eizlan) adalah petugas yang dilantik. Saya ada dua pegawai PTD. Ini memang pegawai PTD dan saya haramkan mereka terbabit dalam kegiatan politik.

“Seperti yang saya katakan, saya ada dua orang pegawai PTD manakala dua individu ini (Ahmad Idham dan Eizlan) adalah pegawai dilantik, jadi terserah kepada mereka sekiranya ingin menghadiri aktiviti politik,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Idham merupakan Setiausaha Kebudayaan, sementara Eizlan pula merupakan perunding kreatif di bawah Kementerian Luar.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN