[PARLIMEN] Kerajaan lantik syarikat konsesi tangani kerenah birokrasi - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kerajaan lantik syarikat konsesi tangani kerenah birokrasi

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Syarikat konsesi yang dilantik boleh membuat kerja-kerja kecemasan dengan segera sekiranya terdapat sebarang bencana atau keruntuhan yang berlaku.

Susulan risiko jalan dan cerun yang berpotensi runtuh pada musim tengkujuh ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia merupakan langkah kerajaan bagi mempercepat usaha pembaikan untuk menangani kerenah birokrasi yang sememangnya mengambil masa untuk meluluskan peruntukan untuk sebarang pembaikan.

“Sebab itu langkah diambil kerajaan adalah melantik kontraktor atau syarikat konsesi untuk membuat penyelenggaraan dan pembaikan, ini termasuklah jalan raya di mana kita ada tiga syarikat konsesi di Semenanjung dan kontraktor khas untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan cerun.

“Dengan adanya syarikat konsesi ini, maka mereka boleh buat tindakan awal disebabkan prosedur untuk membuat peruntukan termasuk kerja-kerja kecemasan ada prosedur tertentu di pihak kerajaan. Tapi melalui syarikat konsesi mereka boleh mendahului peruntukan mereka dulu dan tuntut kemudian, asalkan boleh keluarkan arahan kerja untuk laksana kerja kritikal yang perlu dibuat segera disebabkan berlaku bencana dan keruntuhan.

“Itu yang kita boleh lakukan buat masa ini untuk menangani kerenah birokrasi,” katanya bagi menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) meminta kerajaan menjelaskan usaha jika terdapat sebarang pembaikan yang perlu dilakukan dengan segera bagi menangani kerenah birokrasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN