[PARLIMEN] Cadangan nyanyi lagu Negaraku dan ikrar Rukun Negara sebelum mula sidang - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Cadangan nyanyi lagu Negaraku dan ikrar Rukun Negara sebelum mula sidang

Kos sara hidup
WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mempertimbang untuk menyanyikan lagu Negaraku dan ikrar Rukun Negara sebelum memulakan perbahasan di Dewan Rakyat.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Perpaduan, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, ia merupakan suatu pendekatan positif bagi memupuk rasa cinta pada negara sekali gus menjadi contoh kepada masyarakat di luar.

“Ia suatu cadangan yang bernas, sebenarnya di peringkat kementerian, kita sendiri membuat perkara itu dalam semua aktiviti-aktiviti yang kita lakukan.

“Contohnya, semalam pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara, sebaik sahaja kita menyanyikan lagu Negaraku, kita juga membaca ikrar rukun negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Oleh itu  satu pendekatan yang boleh dipertimbangkan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk kita menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat bagi membenihkan rasa cinta dan sayap sesama kita dan juga kepada negara.

“Saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat dan kementerian akan pertimbangkan,” ujarnya.

Terdahulu, Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) mencadangkan supaya perbahasan Dewan Rakyat dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan ikran Rukun Negara serta meminta pandangan daripada Kementerian Perpaduan mengenai perkara itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN