Orang UMNO pun kurang senang tindakan Shahrir - Mohd. Solihan -

Orang UMNO pun kurang senang tindakan Shahrir – Mohd. Solihan

MOHD. SOLIHAN BADRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Tindakan veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang melakukan provokasi terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin turut tidak disenangi segelintir ahli UMNO.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mohd. Solihan Badri mendakwa perkara itu antara yang disampaikan kepada pihaknya berhubung pertikaian kedua-dua pemimpin politik veteran berkenaan.

“Bukan sahaja kami (Bersatu), tetapi orang UMNO Johor juga tidak puas hati dengan kenyataan dibuat Shahrir, dia itu orang tua, yang berpengalaman dan sepatutnya tidak berfikir singkat sedemikian dengan mencabar kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang betul kata Tan Sri (Muhyiddin Yassin) kalau dia arah kita untuk tarik sokongan, kita orang parti (perlu akur).

“Tapi kita pilih untuk tidak berbuat seperti itu, kerana di sini Johor lain, kita tak nak buat macam itu. Rakyat lantik kita untuk kita berkhidmat, itu sebab utama,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, wujud insiden cabar mencabar antara Shahrir dan Muhyiddin di mana bekas Perdana Menteri itu memaklumkan pihaknya tidak berdepan masalah untuk mengambil langkah drastik sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor terbubar.

Tambah Mohd. Solihan, pihaknya bagaimanapun masih memilih untuk tidak mahu pembubaran tersebut berlaku kerana memikirkan kesejahteraan rakyat dan bukan sebaliknya.

“Kalau bubar, kita (Bersatu) banyak kehilangan, tiada jawatan exco, tidak ada apa-apa tetapi bukan faktor itu kerana kita fikirkan kesinambungan kerajaan untuk membantu rakyat.

“Fikir panjang, sekurang-kurangnya sehingga apabila tiba masanya (Pilihan Raya Umum) kelak,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Solihan memberitahu, tindakan pemimpin veteran UMNO itu berbuat demikian adalah kerana mereka tidak mempunyai sebarang jawatan.

“Ini jenis pemimpin yang tiada jawatan dan cuba nak menonjolkan dirinya dalam mencari publisiti murahan seperti ini, tolonglah hentikan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini