MyDIGITAL bantu PMKS - Utusan Malaysia

MyDIGITAL bantu PMKS

MUSTAPA Mohamed (tiga dari kiri) melawat tapak pameran pada Program Pemerkasaan Pendigitalan PMKS Kebangsaan 2021 di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di Bera, Pahang. - MINGGUAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: MyDIGITAL Corporation agensi di bawah Unit Perancang Ekonomi ( EPU) Jabatan Perdana Menteri menganjurkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Kebangsaan bagi memberi maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, program itu melibatkan kerjasama Perbadanan Ekonomi Gigital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Pandemik Covid-19 sejak 2019 telah memberi kesan terhadap perniagaan termasuk yang dimiliki oleh PMKS. 

“Bagaimanapun pandemik ini telah mempercepat pendigitalan dalam pelbagai industri seperti perdagangan, pendidikan, kesihatan dan lain-lain,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Pendigitalan PMKS Kebangsaan 2021 di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini. 

Perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN