Muafakat Nasional masih kukuh cuma ada masalah - Mohd. Amar - Utusan Malaysia

Muafakat Nasional masih kukuh cuma ada masalah – Mohd. Amar

pas
MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Muafakat Nasional (MN) antara Pas dengan UMNO masih belum berakhir, sebaliknya masih kukuh biarpun ‘berlawan’ sesama sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Buktinya kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, perbincangan demi perbincangan masih berlaku antara kedua-dua parti sebelum PRN Melaka namun tidak mencapai kata sepakat.

“Cuma ia ada masalah. MN ini masalahnya hubungan Pas dengan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Apabila ada kawan-kawan kita dalam UMNO, sebahagiannya tidak dapat terima Bersatu, itu jadi timbul masalah.

“Itu sahaja isunya, namun bagi Pas, Muafakat Nasional masih kekal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Gua Musang yang juga bekas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini menyifatkan MN sudah lama mati tanpa ada kubur untuk diingati.

Kenyataan itu susulan tindak-tanduk Pas yang cenderung memilih kerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) termasuk dalam PRN Melaka, berbanding meneruskan agenda penyatuan ummah bersama UMNO dalam MN.

Mengulas lanjut berkaitan PRN Melaka, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, sebagai rakan kongsi, Pas mahu PN menang dalam pilihan raya tersebut sekali gus membentuk kerajaan di bumi Hang Tuah.

“Pas akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan PN menang pada PRN Melaka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN