“Misi untuk buat kejutan, mak dah lama cakap tentang kereta ini” -Nana Mahazan - Utusan Malaysia

“Misi untuk buat kejutan, mak dah lama cakap tentang kereta ini” -Nana Mahazan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara terkenal, Nana Mahazan meluahkan rasa teruja dan gembira apabila akhirnya berjaya memberikan kejutan sebuah kereta buat ibu bapa kesayangannya.

Menerusi entri Instagram, Nana memuat naik satu video yang dirakam menghadiahkan sebuah kenderaan Proton X70 buat orang tuanya kerana mengenangkan mereka sudah lama bercakap mengenai kereta tersebut sejak sekian lama.

Bagaimanapun, pengacara itu menjelaskan rakaman yang dikongsinya itu bukan untuk riak sebaliknya ia dapat menitipkan semangat orang di luar sana agar terus berusaha mengembirakan ibu bapa.

“Misi untuk membuat kejutan untuk mak dan abah semalam. Emak dah lama bercakap tentang kereta ini. Berkongsi dengan semua bukan niat menunjuk jauh lagi riak.

“Moga kita sama-sama dapat meneruskan usaha untuk mengembirakan ibu bapa. Jangan pernah mengalah, jangan pernah penat. Berusaha lah untuk sentiasa memberikan yang terbaik.

“Bukan hasil sahaja yang dipandang, usaha lebih jauh dihargai. Tiada apa-apa pekerjaan jika kita buat kerana Allah dan untuk mengembirakan yang kita sayang. Tiada yang sia-sia,” coretnya di Instagram.

Dalam pada itu, Nana menzahirkan penghargaan buat ibu bapa tersayang kerana sentiasa menjadi tulang belakang dalam segala hal yang dilakukannya.

Pada masa sama, dia turut berterima kasih buat ahli keluarga atas misi kejutan termasuk suaminya, Raqeem Brian yang turut sama memberi sokongan kepadanya.

“Saya doakan semua yang menonton dilimpahkan rezeki, diberikan kemampuan berkhidmat untuk ibu bapa serta orang yang kita sayang.

“Terima kasih mak dan abah, Nana bersyukur dapat sokongan dan ibu bapa yang hebat! Terima kasih kerana sentiasa mempercayai saya. Saya sangat menyayangi kamu berdua,” katanya.

Menjengan di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut sama rasa terharu selepas melihat reaksi ibu bapa pengacara itu menerusi rakaman tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN