MELAKA: Pakatan Harapan (PH) mendahului di kerusi yang menjadi kubu kuat DAP yang juga merupakan kerusi tradisi pakatan itu.
Dewan Undangan Negeri (DUN) yang didahului PH itu ialah Bandar Hilir dan Kota Laksamana.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, PH mendapat 1,273 undi di Bandar Hilir berbanding 415 (BN) dan 224 (PN). Calon bebas mendapat tiga undi.
Di Kota Laksamana, PH mendahului dengan 2,262 undi dengan BN (474 undi) dan PN (244 undi).
Di Ayer Keroh juga menyaksikan PH mendahului dengan 1,968 undi berbanding BN (864 undi) dan PN (555 undi).
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ketiga-tiga kerusi ini dimenangi DAP. – UTUSAN










