Mekanik maut dihempap kereta di bengkel  - Utusan Malaysia

Mekanik maut dihempap kereta di bengkel 

SEORANG mekanik maut selepas dihempap sebuah kereta yang sedang dibaikinya di sebuah bengkel di Kampung Bukit, Bayan Lepas, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN LEPAS: Seorang mekanik dilaporkan maut selepas dihempap sebuah kereta yang sedang dibaikinya di sebuah bengkel di Kampung Bukit, di sini malam tadi. 

Mangsa, Muaz Mat Isa, 31, ditemukan dalam keadaan tersepit di bawah kereta jenis Proton Exora kira-kira pukul 11.45 malam. 

Difahamkan, mangsa ketika itu berada seorang diri dan kejadian disedari seorang rakannya yang datang mencarinya di bengkel berkenaan. 

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Helmirizal Che Morad berkata, pihaknya menerima panggilan menyelamat mangsa pada pukul 11.54 malam dan tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian. 

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi didapati mangsa berada dalam keadaan terlentang di bawah kereta tersebut. 

“Mangsa dikatakan telah dihempap kereta yang jatuh semasa sedang melakukan kerja-kerja membaiki. 

“Usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan dalam tempoh  kurang lima minit dengan menggunakan peralatan khas. 

“Mangsa dikeluarkan kira-kira pukul 12.29 malam tadi dalam keadaan cedera pada muka dan badan. Bagaimanapun, dia telah disahkan meninggal dunia  oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN