MBPJ terima Anugerah Kejiranan Hijau 2021 anjuran oleh PLANMalaysia

MBPJ terima Anugerah Kejiranan Hijau 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerima Anugerah Kejiranan Hijau 2021 (AKH 2021) yang dianjurkan oleh PLANMalaysia sebagai penghargaan usaha dalam melaksanakan insiatif pembangunan kejiranan hijau sejak sedekad yang lalu.

MBPJ memaklumkan, pertandingan itu disertai sejak tahun 2012 dan berjaya memenangi anugerah Penghargaan Pelaksanaan Insiatif Kejiranan Hijau melalui Penyediaan Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH).

Menurutnya, pada tahun 2016 pihak MBPJ sekali lagi berjaya membawa pulang anugerah Penghargaan Pelaksanaan Insiatif Pembangunan Kejiranan Hijau 2016 Penyediaan Laluan Pejalan Kaki (Kategori Bandaraya).

Sepanjang penglibatan MBPJ dalam pertandingan Anugerah Kejiranan Hijau, pihak kami berjaya membawa pulang beberapa anugerah.

Walaupun pada tahun 2019 format pertandingan ditukar kepada insiatif hijau di kalangan komuniti, tiga daerah di Petaling Jaya berjaya meraih kemenangan di dalam kategori berasingan,” kata MBPJ di dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Penghargaan AKH 2021 sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2021 dengan tema ‘Sedekad Melestari Kehidupan’ menilai inisiatif kejiranan hijau yang dilaksanakan oleh peserta dalam tempoh 1 Jun 2020 sehingga 30 Julai 2021

Pihak perbandaran itu berkata, enam kategori dipertandingkan pada tahun ini dan dinilai berdasarkan lima insiatif kejiranan hijau yang ditetapkan.

MBPJ sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang AKH pada tahun ini, di dalam kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu bandar raya atau perbadanan.

Komuniti Petaling Jaya turut merangkul kemenangan dalam AKH 2021 iaitu di dalam kategori perumahan bertanah serta perumahan bertingkat,” katanya.

Tambahnya, inisiatif kejiranan hijau merupakan projek yang dilaksanakan berdasarkan Blueprint ‘Petaling Jaya Pintar, Mampan Dan Berdaya Tahan 2030’ (PJSSR 2030) dengan mempunyai lima hala tuju dan tiga domain yang ditetapkan.

Insiatif kejiranan hijau menjadi agenda utama dalam Blueprint PJSSR 2030 dan segala program serta projek dipantau pelaksanaan dan pencapaian KPI menggunakan Dashboard Smart City,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN