Maut ketika sertai kejohanan badminton - Utusan Malaysia

Maut ketika sertai kejohanan badminton

PEGAWAI perubatan dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memeriksa Mohamad Fadzil Mokhtar yang rebah dan meninggal dunia di Dewan Jerantut Badminton Centre di Jerantut, Pahang. - GAMBAR IHSAN APM JERANTUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang lelaki meninggal dunia selepas mengadu sakit dada ketika menyertai pertandingan badminton di Dewan Jerantut Badminton Centre, Batu 5/8, Jalan Jerantut Feri di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Mohamad Fadzil Mokhtar, 34, tidak sempat menghabiskan permainan kerana tidak sihat.

Timbalan Ketua Polis Jerantut, Deputi Superintenden Azman Mat Kamis berkata, polis menerima panggilan pada pukul 4 petang mengenai kejadian seorang lelaki meninggal dunia di Dewan Badminton Jerantut Centre.

“Maklumat yang kita peroleh, iaitu si mati, Mohamad Fadzil tidak sempat menghabiskan perlawanan peringkat suku akhir kerana mengadu sakit dada serta tidak sihat lalu duduk berehat di tepi gelanggang dan tiba-tiba rebah kemudiannya meninggal dunia.

“Mangsa dibawa ke Hospital Jerantut pada pukul 4. 50 petang dan selesai ujian saringan Covid-19 pada pukul 6.30 petang, si mati didapati negatif sebelum proses bedah siasat dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azman, proses bedah siasat selesai pukul 8.30 malam dan punca kematian disebabkan serangan jantung.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, si mati yang bekerja sebagai mekanik hadir ke Dewan Jerantut Badminton Centre pada pukul 10 pagi untuk menyertai pertandingan dan masih sihat. 

“Pemeriksaan fizikal ke atas si mati didapati tiada menunjukkan sebarang kecederaan sama ada unsur perbuatan khianat atau jenayah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya