Masih ada 'jurutera miskin' - Pejuang - Utusan Malaysia

Masih ada ‘jurutera miskin’ – Pejuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Exco Pekerjaan dan Modal Insan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Muda, Mohd. Akmal M. Yusoff mengakui masih wujud golongan jurutera yang mendapat gaji rendah di negara ini.

Beliau berkata, pengusaha industri harus lebih bertanggungjawab, dengan memastikan hanya jurutera yang berdaftar diambil bekerja dan memegang jawatan sebagai jurutera di perusahaan itu.

“Didapati masih terdapat perusahaan yang menggaji individu berkelulusan diploma sebagai jurutera, walaupun dengan jelas undang-undang sedia ada tidak membenarkan perkara itu. Ini juga dapat dilihat di portal pekerjaan utama Malaysia, yang menunjukkan kriteria kelulusan minima diploma untuk perjawatan sebagai jurutera untuk syarikat tertentu.

“Syarikat atau portal pekerjaan ini digesa untuk lebih bertanggungjawab terhadap keperluan undang-undang terpakai bagi tawaran jawatan yang ingin diiklankan. Pihak biro mencadangkan kriteria untuk berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia dijadikan syarat wajib untuk perjawatan jurutera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia minggu lalu yang menyentuh isu ‘jurutera miskin’ dan respon oleh pihak Lembaga Jurutera Malaysia minggu ini.

Pada masa sama, beliau turut menggesa pihak yang terlibat dalam isu gaji termasuk kementerian, institusi pengajian tinggi awam dan swasta memastikan supaya apa sahaja kursus yang ditawarkan hendaklah memenuhi keperluan industri, termasuk permintaan tenaga kerja demi mengurangkan kadar lambakan graduan bagi industri tertentu.

“Konsep ‘supply and demand’ juga terpakai dalam isu ini, yang sudah pasti menjadi antara penyebab utama isu gaji rendah jurutera tempatan.

“Biro turut menggesa agar pihak berwajib terutama kementerian yang berkaitan mengambil pendekatan ‘quickly act for results’ bagi menangani isu ini, selain memastikan profesion di dalam bidang kejuruteraan ini kekal menjadi pilihan utama demi kemajuan negara,” katanya.

Tambah Mohd Akmal, beliau berpendapat, kerajaan, terutamanya kementerian atau badan yang berkaitan dengan pekerjaan seperti Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengadakan pelan tindakan yang komprehensif bagi menangani isu ini.

“Masyarakat pada hari ini tidak ingin melihat sesuatu isu itu hanya disentuh dengan mengadakan perbincangan meja bulat atau sesi libat urus semata-mata tanpa ada tindakan yang jelas dan menyeluruh.

“Apa sahaja pelan tindakan yang dirangka hendaklah dipastikan supaya ianya benar-benar berkesan dan memberi impak yang positif kepada golongan yang terkesan.

“Sebaliknya tindakan yang tuntas yang didahagakan oleh rakyat. Pihak biro mencadangkan supaya semua badan kerajaan yang terlibat baik kementerian dan badan berkanun termasuk Lembaga Jurutera Malaysia meneliti kembali mekanisme yang digunapakai bagi mendapatkan data industri termasuk berkenaan gaji permulaan yang lebih tepat, terkini dan menyeluruh,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.