Manifesto BN: Pengurangan 10 peratus cukai tanah - Utusan Malaysia

Manifesto BN: Pengurangan 10 peratus cukai tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengurangan cukai tanah sebanyak 10 peratus dan cukai pintu bagi tahun 2022 antara tawaran manifesto Barisan Nasional (BN) jika mereka diberi mandat menjadi Kerajaan Negeri Melaka pada 20 November ini.

Menurut buku Manifesto Melaka Lima Tahun yang dikeluarkan hari ini, BN berjanji menyediakan pengurangan 10 peratus bil air yang melibatkan penggunaan 20 meter padu air untuk kediaman domestik dan 10 meter padu air untuk premis komersial bagi tahun 2022.

Selain itu, teras kedua manifesto BN iaitu merealisasikan ekonomi baharu menerusi kekuatan sektor ekonomi sedia ada dengan memperincikan beberapa inisiatif untuk memacu industri pelancongan Melaka sebagai destinasi terunggul dan disokong agenda memfokuskan kepada pembangunan ekonomi baharu.

Selain itu, inisiatif mewujudkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Melaka bagi mendengar serta memanfatkan idea, pandangan dan perubahan yang perlu dilaksanakan di negeri ini merupakan antara kandungan manifesto itu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN