Mangsa banjir perlu lapor jika ada simptom Covid-19 - MB Kelantan - Utusan Malaysia

Mangsa banjir perlu lapor jika ada simptom Covid-19 – MB Kelantan

AHMAD Yakob (kanan) menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Wisma Ilmu di Masjid Mukim Ismaili, Kampung Morak, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Mangsa banjir yang mempunyai simptom Covid-19 tidak wajar menyembunyikan perkara itu, sebaliknya perlu memaklumkan terus kepada pasukan penyelamat ketika urusan pemindahan dilakukan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sikap jujur dengan memaklumkan perkara tersebut kepada pasukan penyelamat penting bagi mengelak penularan pandemik di pusat pemindahan sementara (PPS).

Tahun ini kata beliau, sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh dalam keadaan Covid-19 masih belum reda, kerajaan negeri membuat ketetapan mengecilkan kapasiti setiap PPS kepada 80 orang berbanding 200 orang sebelum ini.

“Pengurangan bilangan mangsa ditempatkan di PPS bertujuan memudahkan penjarakan fizikal dilakukan selain mengelak kawasan PPS menjadi terlalu sesak.

“Mana-mana individu yang didapati positif akan dibawa ke pusat kuarantin untuk rawatan lanjut. Saya merayu kepada semua mangsa banjir untuk jujur dan tidak menyembunyikan apa-apa maklumat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan ditemui pemberita selepas merasmikan Wisma Ilmu dan Tabung Infak Ubahsuai serta Naik Taraf Masjid Ismaili Kampung Morak, di sini hari ini.

Ahmad dalam pada itu memberitahu, kerajaan negeri sudah membuat persiapan rapi merangkumi semua aspek termasuk bekalan makanan dan aset-aset menyelamat yang akan digerakkan sebaik sahaja banjir melanda.

Sementara itu, semakan Utusan Malaysia menerusi aplikasi InfobencanaJKM setakat pukul 5 petang ini mendapati, seramai 26 mangsa banjir dari enam keluarga kini ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat, Bachok.

Kesemua mereka dari Taman Siti Jaya, Kampung Surau Batu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya