Lori terbalik punca kesesakan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson - Utusan Malaysia

Lori terbalik punca kesesakan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson

 SEBUAH lori yang terbalik dalam kemalangan di Kilometer 24.1 Lebuhraya Seremban-Port Dickson petang tadi menyebabkan kesesakan teruk di lebuh raya berkenaan. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kemalangan membabitkan sebuah lori di Lebuhraya Seremban-Port Dickson petang tadi  mengakibatkan kesesakan berlaku hampir 10 kilometer di lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 24.1 kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

“Kejadian berlaku apabila lori dengan muatan tersebut bergerak dari arah Seremban menghala ke Lukut hilang kawalan dan melanggar besi pembahagi jalan.

“Lori tersebut lalu terbalik ke lorong kanan dan menyebabkan muatan tumpah atas jalan dan lori berkenaan melintang di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pemandu lori berkenaan yang berusia 41 tahun bersama kelindan bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

Difahamkan kesesakan tersebut berlaku hampir dua jam ekoran jalan lebuh raya berkenaan yang perlu dibersihkan akibat tumpahan muatan dipercayai bahan kimia. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN