Mokhtar Dahari bersara [Lipatan Sejarah] - Utusan Malaysia

Mokhtar Dahari bersara [Lipatan Sejarah]

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 18 November 1979, akhbar Mingguan Malaysia melaporkan penyerang handalan Malaysia, Mokhtar Dahari mengulangi kenyataannya bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk bersara terus dari lapangan bola sepak antarabangsa.

Mokhtar berkata, pengundurannya itu berikutan beberapa masalah yang dihadapi termasuk masalah peribadi dan tiada kena-mengena dengan mana-mana pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahupun rakan-rakan sepermainannya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

18 November 1973 – Keretapi Tanah Melayu menarik balik keputusan memberhentikan perkhidmatan keretapi antara Pasir Mas dengan Sungai Golok bermula Disember ini.

18 November 1974 – Bandar Taiping di Perak menyambut perayaannya yang ke-100 tahun.

18 November 1979 – Kolam Takungan Air Sungai Langat di Kuala Pangson yang menelan belanja RM43 juta mula diisi air pada hari ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected] – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.