Lelaki maut terjatuh buaian berpusing ‘fun fair’ Cheras Selatan - Utusan Malaysia

Lelaki maut terjatuh buaian berpusing ‘fun fair’ Cheras Selatan

LOKASI kejadian 'fun fair' di Cheras Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang daripada dua pengunjung di sebuah tapak pesta ria atau ‘fun fair’ berhampiran Aeon Jusco Cheras Selatan, dekat sini maut selepas dipercayai terjatuh dari buaian berpusing tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.05 malam itu, pihak polis menerima panggilan daripada seorang pekerja tapak pesta ria itu memaklumkan kejadian berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Nasir Drahman berkata, saksi memaklumkan terdapat dua lelaki tempatan yang juga pengunjung telah terjatuh dari buaian berpusing di lokasi.

“Salah seorang mangsa berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kajang di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa cedera berusia 30-an telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku di dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohd.Nasir, siasatan masih dijalankan bagi menyiasat punca sebenar kejadian sama ada terdapat kecuaian daripada pihak tapak pesta ria ataupun daripada mangsa sendiri.

“Kita telah membuka kertas siasatan dan telah mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut.

“Mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat bagi mengetahui punca kematian,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya