Lelaki ditahan sorok bahan letupan bom ikan diseludup dari Filipina - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan sorok bahan letupan bom ikan diseludup dari Filipina

LELAKI tempatan yang ditahan bersama komponen membuat bom ikan di Kampung Hidayat di Semporna semalam. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Tindakan seorang lelaki tempatan menyorokkan komponen bahan membuat bom ikan berjaya dikesan oleh pihak berkuasa, di sini semalam.

Komponen bahan letupan itu dipercayai diseludup masuk dari Pulau Sitangkai, Filipina untuk dijual kepada pembeli di sekitar Pulau Bum Bum.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, lelaki berusia 55 tahun itu ditahan bersama 136 bahan peledak, tiga gulung sumbu dan 15 kilogram baja amonia di sebuah rumah di Kampung Hidayat pada pukul 2 pagi semalam.

Beliau berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh pegawai dan anggota Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) hasil daripada maklumat orang awam.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan yang dijalankan, PPM menemukan komponen bahan letupan yang disyaki untuk kegiatan pengeboman ikan. Suspek dan bahan rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mohd. Farhan turut meminta kerjasama orang awam untuk terus menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan pengeboman ikan ke balai-balai polis berhampiran.

Pihak polis tidak akan berkompromi dalam sebarang kegiatan yang boleh membahayakan nyawa dan memberi ancaman kepada alam sekitar serta mengancam keselamatan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya