Kumpulan peragut menyamar penghantar makanan tumpas - Utusan Malaysia

Kumpulan peragut menyamar penghantar makanan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menyamar sebagai penghantar makanan bagi meragut.

Itu kegiatan sekumpulan penjenayah dikenali Geng Ashmer yang dikesan bergiat aktif sejak lima bulan lalu di sekitar Lembah Klang.

Kegiatan empat lelaki termasuk dalang utama itu, ditumpaskan polis daerah Sentul menerusi Op Rentap dalam beberapa siri serbuan di Sentul, Wangsa Maju dan Gombak pada 23 hingga 28 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua suspek ditahan berusia di antara 25 hingga 51 tahun.

Katanya, turut dirampas empat motosikal, lima topi keledar, enam telefon bimbit, dua beg pengantar makanan, satu penimbang dan 36 rantai leher dipercayai emas dengan nilai keseluruhan RM55,000.

“Siasatan awal mendapati modus operandi kumpulan itu dengan menyamar sebagai penghantar makanan bagi meragut rantai leher mangsa sejak lima bulan lalu.

“Kumpulan inu dipercayai mendalangi 30 kejadian ragut di sekitar Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Eng Lai, modus operandi penjenayah itu dengan seorang daripada mereka memantau persekitaran manakala dua lagi berperanan meragut rantai leher yang kemudian dijual kepada seorang lagi suspek berusia 51 tahun di Selayang Baru.

Jelas beliau, hasil jualan akan dibahagikan sesama ahli kumpulan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiga suspek mempunyai rekod jenayah. Semua suspek direman di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk siasatan lanjut.

“Justeru, mereka yang pernah menjadi mangsa ragut atau mempunyai maklumat kegiatan jenayah diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206 atau Bahagian Siasatan Jenayah Sentul (03-40482222),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN