Kos PRN Sarawak RM150 juta - Utusan Malaysia

Kos PRN Sarawak RM150 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING:  Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang akan diadakan pada 18 Disember ini dianggarkan menelan belanja kira-kira RM150 juta.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya juga menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam PRN kali ini.

“Pengundi boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui laman portal SPR pengundi.spr.gov.my atau menelefon ke talian 03-88927018 atau melalui aplikasi MySPR Semak. 

Katanya,  daftar pemilih yang akan digunakan dalam PRN itu nanti adalah yang dikemaskini sehingga 2 November 2021, yang terdiri daripada 1.252 juta orang pengundi.

“Semakan boleh dibuat mulai 1 Dis 2021,” katanya.

ABDUL GHANI SALLEH

Beliau membuat pengumuman itu pada sidang media selepas mesyuarat khas berhubung PRN Sarawak di sini hari ini.

Pada PRN kali ini, seramai 46,565 orang petugas SPR akan dilantik bagi mengendalikan proses PRN kali ini

“Sebanyak 1,866 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,555 tempat mengundi/saluran dan 85 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 111 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan, “ katanya.

Menurut beliau, keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 buah dengan 3,666 tempat mengundi/saluran.

“Seramai 12,585 anggota tentera dan pasangan; 10,458 anggota polis serta pasangan dan 113 Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara akan menunaikan tanggungjawab masing-masing menerusi undi pos atau pengundian awal, “ katanya.

Beliau berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari, bermula selepas proses penamaan calon ditamatkan dan mesti berakhir pada jam 11.59 malam 17 Disember.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember, manakala hari pengundian awal ialah pada 14 Disember.

Bagi menjalankan proses pilihan raya, SPR telah melantik seramai 82 pegawai pengurus pilihan raya, 249 orang penolong pegawai pengurus sementara bagi tujuan memantau semua aktiviti sepanjang temoh berkempen SPR akan menubuhkan 155 pasukan penguatkuasa kempen yang dianggotai wakil-wakil PDRM, pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil calon. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN