Koperasi sekolah berpotensi jana pendapatan - Utusan Malaysia

Koperasi sekolah berpotensi jana pendapatan

NOH Omar (barisan hadapan, empat dari kiri) bergambar bersama Pengarah JPN Selangor, Anismah M. Noh (barisan hadapan, tiga dari kanan) dan semua pegawai pendidikan daerah pada Majlis Program Prestij Pendidikan 2021 JPN di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan akan memperkasa aktiviti koperasi sekolah di seluruh negara selepas kembali dibuka secara berperingkat sejak awal bulan ini bagi memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar dan warga pendidik.

Pemerkasaan koperasi itu disifatkan sebagai mampu menjana pendapatan kepada sekolah dan Kolej Tunku Kursiah boleh dijadikan contoh apabila berjaya meraih perolehan mencecah RM1 juta setahun melalui koperasi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, langkah untuk pemerkasaan itu diambil bagi menanam sifat keusahawanan pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah.

“Kita mahu pelajar ini apabila mereka dewasa, mereka boleh menjadi usahawan dan tidak bergantung harap bekerja makan gaji. Kementerian saya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merencanakan beberapa program dan aktiviti untuk merealisasikan perkara ini.

“Selepas itu, semua perancangan ini akan dibentangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya program ini dapat dijalankan di sekolah yang mempunyai koperasi,” katanya selepas menghadiri Majlis Program Prestij Pendidikan 2021 peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di sini, hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN