Kon penghadang jalan perlu diletak pemberat, undang bahaya kepada pengguna jalan raya - Utusan Malaysia

Kon penghadang jalan perlu diletak pemberat, undang bahaya kepada pengguna jalan raya

AYOB Khan Mydin Pitchay (tengah) mendengar penerangan pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor ketika menghadiri Op Bersepadu JSPT di Taman Impian Emas, Johor Bahru. - UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi peringatan kepada kontraktor selenggaraan jalan untuk memastikan setiap kon penghadang jalan yang digunakan perlu diletakkan pemberat.

Menurutnya, hal demikian kerana pihaknya telah menerima laporan seorang penunggang motosikal terjatuh akibat terlanggar kon yang bergerak secara tiba-tiba pada pukul 2 pagi, 6 Oktober lalu.

“Akibat daripada pelanggaran itu, penunggang motosikal berusia 28 tahun berkenaan terjatuh sebelum hampir dirempuh sebuah lori di Jalan Kempas Lama-Seelong.

“Sehubungan itu, saya beri peringatan kepada semua kontraktor terlibat dalam kerja penyelenggaraan jalan raya, pastikan kon yang diletak mesti berisi sama ada air atau pasir, agar kon itu tidak bergerak, dia statik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Operasi Bersepadu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Johor di Taman Impian Emas, hari ini.

Pada 5 Oktober lalu, tular sebuah video di media sosial berdurasi 34 saat yang dirakam sebuah kereta lain memaparkan penunggang tersebut berhenti selepas melanggar kon yang jatuh di tepi jalan dalam penyelenggaraan.

Dalam pada itu, Ayob Khan turut mengingatkan kontraktor untuk membuat pemakluman dibuat Ketua Polis Daerah bagi sebarang kerja penyelenggaraan jalan yang memerlukan diletakkan kon.

“Pemakluman perlu dibuat dan lepas ini kita akan ambil tindakan kepada pihak yang cuai.

“Saya tidak mahu bila sudah berlaku sesuatu insiden baru hendak ambil tindakan, sudah banyak insiden yang berlaku sebelum ini dan ia perlu dijadikan pengajaran,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya