Komitmen dengan GV, Alyah hormati tugas Tok Ram - Utusan Malaysia

Komitmen dengan GV, Alyah hormati tugas Tok Ram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan usahawan, Datin Alyah, 40, mengaku ruang masa buat dirinya bersama suami, komposer dan maestro terkenal tanah air, Ramli MS, lazimnya akan menjadi terhad setiap kali program realiti popular Gegar Vaganza (GV) berlangsung setiap tahun.

Bagaimanapun, ia bukan satu masalah buatnya lantaran mengaku sudah terbiasa dengan keadaan itu yang dianggap bak satu acara tahunan dengan kini menyakskan GV sudah memasuki musim kelapan.

“Setiap kali tiba musim GV, memang rutin seharian kami jadi agak berbeza. Jarang dapat makan luar sama-sama. Jadi jadual Tok Ram agak padat sebab bermula Selasa,saya sudah tahu dia akan sibuk untuk persiapan konsert minggu seterusnya.

“Malah Aqil (anak saudara) yang sering isi masa bersama kami pun sudah faham. Bila ada sahaja iklan GV di kaca TV, dia akan cakap pakcik sibuk, tak boleh bawa jalan-jalan. Untuk ubati rasa rindu, mereka akan ‘video call’.

“Tapi saya percaya bukan Tok Ram saja yang sibuk, artis bertanding dan produksi pun turut sama beri komitmen yang tinggi. Masing-masing cari rezeki,” katanya.

Alyah berkata demikian semasa ditemui pada majlis memerterai perjanjian di antaranya dan Kamya Glow di Kamya Glow di Bukit Jelutong, Selangor, baru-baru ini.

Sesi tersebut dilihat sebagai satu langkah mengembangkan kolaborasi perniagaan Datin Alyah bersama Kamya Glow di dalam bidang kecantikan dan kesihatan.

Selain itu, ditanya mengenai perkembangan lain, Alyah juga terharu apabila lagu Thank You Allah kekal menjadi pilihan pendengar pelbagai peringkat usia.

“Rasa bersyukur sangat. Pada usia 40 tahun begini, kanak-kanak sampailah orang dewasa sukakan lagu kerohanian seperti itu. Ada yang kongsi di media sosial dan sebagainya. Terkejut juga sebab, saya ini bukanlah penyanyi viral sana-sini.

“Tapi bagi saya itu rahmat paling besar dariNya. Hakikat itu menjadi perkara terawal yang saya fikir apabila lagu tersebut cepat menangkap halwa telinga pendengar,” katanya yang bakal melancarkan single baru awal tahun hadapan.

Sementara itu, majlis sama turut melancarkan kempen ‘Mencari Wajah Kamya’ yang mana 30 pengguna baik lelaki atau wanita akan dipilih untuk menggunakan produk Kamya Glow selama sebulan secara percuma.

Lalu, 10 pengguna bertuah akan memenangi hadiah berbentuk emas (gold bar), voucher membeli-belah dan hadiah utama berupa percutian ke Langkawi.

Dalam pada itu, Alyah bersama pihak Kamya Glow turut membuka peluang kepada mana-mana pengguna untuk mengambil peluang meningkatkan pendapatan menerusi program ‘dropship’ dan ejen yang sedia ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya