Khidmat pengiring keselamatan, trafik bekas PM dikekalkan - Utusan Malaysia

Khidmat pengiring keselamatan, trafik bekas PM dikekalkan

ACRYL SANI ABDULLLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengekalkan kelayakan kemudahan menggunakan khidmat pengiring keselamatan dan trafik bagi bekas perdana menteri meskipun mereka sedang berhadapan tindakan undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, khidmat tersebut akan dikekalkan sehingga proses rayuan dimuktamadkan oleh mahkamah.

Ini kerana kata beliau, khidmat kedua-dua yang disediakan oleh PDRM adalah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) berhubung keistimewaan bekas perdana menteri.

“Di bawah peruntukan itu, PDRM akan memberikan perkhidmatan berkenaan kepada semua bekas perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas pertikaian beberapa pihak sejak akhir-akhir ini mengenai khidmat pengiring keselamatan dan trafik bagi bekas perdana menteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN